Thursday, August 26, 2010

Solat Tiang Agama

IKIM.fm 16 Ramadhan 1431, 26 Ogos 2010 : Solat itu tiang agama, bayangkan pokok tanpa batangnya tetapi berdahan. Ramai umat Islam sekarang ini yang berpuasa tetapi tidak mengerjakan solat. Bayangkanlah pokok yang tidak berbatang mana mungkin mempunyai dahan dan daunnya. Mana mungkin pokok itu menjadi halimunan. Cuba bayangkan bagaimana puasa kita akan diterima andai solat tidak kita kerjakan.

Ketahuilah bahawa perkara pertama yang akan dihisap Allah di akhirat kelak ialah Solat. Selepas itu baru akan dihisap perkara2 yang lain.

Bagi mereka yang tidak pernah meninggalkan solat, sejauh manakah khusyuknya kita?

Solat itu ialah perhubungan terus antara kita dan Allah, kita memuji, mengagungkan Allah dan juga memohon dan merayu dengan sesungguhnya daripadaNya.

Adakah kita tahu dan faham makna-makna setiap bacaan dalam solat. Bagaimana kita ingin berkomunikasi dengan Allah andai kita tidak tahu apa kita baca.

KIta seolah-olah burung kakak tua yang hanya mengajuk tanpa memahami makna apa yang kita sebut.

Maka berusahalah dalam menyempurnakan ibadat kita.

Insya Allah.

No comments:

Post a Comment