Showing posts with label di sebalik doa harian. Show all posts
Showing posts with label di sebalik doa harian. Show all posts

Sunday, August 8, 2010

Doa Makan

"YA ALLAH...Engkau Berkatilah apa yang engkau telah berikan kepada kami dan Jauhilah kami dari azab api Neraka"

Pernahkah kita terfikir mengapa doa makan kita turut menyelitkan permohonan agar kita dijauhkan daripada azab api neraka?

Ada yang berpendapat ialah kita berharap agar makanan yang akan dijamah itu adalah halal.

Dan saya tidak pernah terfikir seperti mana apa yang Ustaz Nasir di Ikim fikirkan, inilah antara yang dapat saya simpulkan:

Pagi Khamis 5/8/2010 @ IKIM.fm :

Apa yang kita makan sehari-hari akan menjadi tenaga dan darah daging kita, dan disebalik kenapa kita minta dijauhi dari azab api neraka di dalam setiap doa sblm makan: supaya kita tidak menyalahgunakan tenaga yang diperolehi drpd makanan yg kita makan utk menderhaka kembali kepada pencipta kita ...

bak sebuah kereta yg baru kita perolehi dan kita pinjamkan kpd seorg kawan dan kereta itu digunakan kembali oleh kawan kita utk melanggar diri kita ...

Allah yang memberi kita rezeki, tetapi kita menggunakan rezeki yang kita perolehi untuk melanggar peraturan Allah ... tidakkah kita tahu bersyukur dengan nikmat Allah?
renungkanlah ...

Doa Bangun Tidur

Jumaat 6/8/2010

Saya memang suka mendengar cara Ustaz Nasir di motivasi pagi @ IKIM.fm. Caranya cukup santai memberi ingatan kepada kita. Ini adalah kesimpulan saya sendiri setelah mendengar motivasinya pada pagi jumaat yang lepas :

Setiap kali apabila kita m'dpt hadiah drpd org t'syg, kita akan cpt2 call mereka untuk mengucapkan terima kasih atas hadiah & ingatan ttp berapa ramai yg bangun tidur & berterima kasih atas nikmat Allah yg paling besar setiap kali bangun tidur? Msh dipinjamkan nyawa utk teruskan kehidupan di smpg mrk yg tersyg,

"Segala Puji hanya bagi Allah yg menghidupkan stlh mematikan, kepadaNya lah tempat kita kembali"

dan talian hayat direct kpd Allah 24434 ... cuba bayangkan kalau kita cuba mendail kawan2 kita tanpa satu nombor .. agak2 panggilan kita akan bersambung ke tdk? jawapannya pasti "Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan" maka janganlah kita tinggalkan 2 rakaat subuh, 4 rakaat zohor, 4 rakaat Asar, 3 rakaat Maghrib dan 4 rakaat Isyak sehari semalam ...