Monday, August 23, 2010
Rahmat menjadi wanita Islam
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.*
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.*
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.*
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya(susu* badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. *
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. *
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allahakan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7* tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat * pahala*80* tahun ibadat.*
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. * Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.* Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka. Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... . Hadis nabi mengenai wanita. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia". Wallahua'lam. .
Kredit : Adawiah Assyaimashoppe Facebook
Tuesday, August 10, 2010
Keutamaan Solat Wanita
Bahkan, solat seorang wanita yang dikerjakan di rumahnya lebih baik daripada solatnya yang dikerjakan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Padahal, seseorang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram akan memperolehi pahala 100 000 kali ganda dan di Masjidin Nabawi 50 000 kali ganda. Oleh karena itu, dalam sebuah hadith diceritakan mengenai seorang sahabiyah, Ummu Sa’adah r.anha yang datang menemui Rasulullah SAW dan berkata, “Ya Rasulullah, saya ingin melaksanakan solat denganmu secara berjemaah di masjid.” Rasulullah SAW bersabda, “Saya mengetahui betapa engkau berkeinginan untuk melaksanakan solat di belakangku dengan berjemaah, akan tetapi apabila engkau melaksanakan solat di bahagian yang paling dalam di dalam rumahmu adalah lebih baik daripada mengerjakannya di dalam rumahmu, mengerjakan solat di dalam rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di perkarangan rumahmu, mengerjakan solat di perkarangan rumahmu lebih baik daripada mengerjakannya di masjid tetanggamu, (masjid yang berdekatan dengan rumahnya) dan mengerjakan solat di masjid tetanggamu lebih baik daripada datang ke masjidku.” (Musnad Ahmad).
Urwah r.a. meriwayatkan kata-kata daripada Saidatina Aisyah r.anha sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang diperbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh karena itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang Yahudi).” (Musnad Abdur Razzaq)
Dalam athar yang lain, Saidatina Aisyah r.anha berkata, “Jika Rasulullah SAW melihat tingkah laku kaum wanita setelah baginda wafat, nescaya baginda akan melarang mereka datang ke masjid sebagaimana wanita-wanita Bani Israil.”
Di dalam bulan Ramadhan nanti, (terutamanya pada awal bulan) kita dapat saksikan ramai wanita Malaysia berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih. Alasan mereka ialah tidak pandai solat sendiri di rumah dan tidak hafal bacaan-bacaan yang dibaca secara beramai-ramai di antara solat-solat tersebut. Ada juga yang kata, “Senang solat kat masjid, kita cuma baca Fatihah jer……….., dapat jumpa kawan……….”
Cara mengerjakan solat tarawih sebenarnya mudah saja. Ia dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Al-Qur’an, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi SAW tentang bacaan surah ini. Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Ia juga tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW tidak melarang para wanita pergi ke masjid seperti untuk menuntut ilmu fardu ain (sekiranya suami tidak mampu mengajar……..?), atau wanita-wanita tua yang sudah kurang urusan di rumahnya. Bagi kaum ibu pula, pastikan urusan rumah telah beres dan anak-anak yang ditinggalkan pula selamat (seperti anda mempunyai anak dara dan teruna – pastikan mereka menjaga ibadah solat sepeninggalan anda dan tidak mengundang berlakunya sumbang mahram sepanjang ketiadaan anda.) Bagaimana pula makan pakai suami ?
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya lebih kurang, “Jihaadukunna fii baitikunna – jihad kamu wahai kaum wanita adalah di dalam rumahtangga kamu”
Wahai kaum wanita yang budiman, solatlah kamu mengikut cara atau anjuran Rasulullah SAW. Baginda diutuskan untuk memberi panduan bagaimana cara beribadah, beraqidah dan berakhlak. Mohon maaf jika terlanjur bicara. Moga ada manfaatnya. Wassalam.
Rujukan:
1. Dr. Muhammad Ismail M. 2005. Hijab – Pakaian Taqwa Bagi Wanita Muslimah. Bandung : Pustaka Ramadhan
2. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd.
3. 3. Ustaz Fadzli Al-Yamani. Majalah SOLUSI Isu No.22 (Ogos 2010). (Soaljawab Solat) Muka surat 38. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
3. Senarai rujukan Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman tentang solat sunat tarawih:
3.1.Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.
3.2.Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat Nailul Autar, Juz 3, him 50.
3.3.Sahih Bukhari, Juz2, hlm 251; al-Jami’al Sahih, Juz 2, hlm l76; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.
3.4.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.
3.5.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.6.Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.
3.7.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.
3.8.Al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.
3.9.Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.
3.10.Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.
3.11.Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.
(Visited 1,774 times, 1,786 visits today)Sumber : Kredit to http://ArabMykrk.com