Showing posts with label di sebalik kehidupan. Show all posts
Showing posts with label di sebalik kehidupan. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

Kerana Cinta - Khamis 12 Ogos 2010

Manusia dilahirkan dnegan rasa cinta, cinta kepada pencipta, cinta sesama manusia & cinta pada alam sekeliling.

Demi cinta manusia biasanya sanggup melakukan apa sahaja. Pagi ini di IKIM.fm (2 Ramadhan 1431), menghuraikan kesanggupan cinta ...

Perumpamaan yang dipakai oleh Ustaz Nasir pada pagi ini, andai kita mempunyai 4 orang anak, dan apabila :

1. anak pertama diminta menghidangkan segelas air utk kita, sambil marah2 dia mengambilnya. Dia melakukan kerana perintah/suruhan.

2.Anak kedua apabila diminta menghidangkan air dia hidangkan dengan meminta upah. Dia melakukan demi ganjaran.

3. Anak ketiga apabila diminta menghidangkan air dia datang secara senyap lalu pergi. Dia lakukan kerana takutkan kita.

4. Anak keempat apabila minta dihidangkan air dia datang bukan sahaja dengan air, malahn dengan biskut sambil melayan kita berbicara dan mengurut2 kita. Dia lakukan kerana cintakan kita.

Daripada sini kita boleh buat kesimpulan apabila anak2 ini datang meminta sesuatu kepada kita , yang mana yang akan kita utamakan? Dan pasti kita tidak akan berkira utk membelikan apa sahaja utk anak yang mencintai kita kerana dia sangat ikhlas dgn cintanya ....

Begitulah manusia, andai kita betul2 ikhlas mencintai Allah ... pasti DIA akan memberi ganjaran sebaik2nya buat kita ... insya Allah ...

Sunday, August 8, 2010

Ujian datang silih berganti

Bila datang sesuatu musibah, ingatlah bahawa itu ujian dan peringatan daripada Allah. Kuasa Allah kita tidak mampu menahannya.

Kadang-kadang kita memang seringkali berhati-hati, tetapi bila sesuatu keadaan ingin berlaku, kita tiba-tiba lupa utk berhati-hati, atau kadang-kadang kita memang tidak pernah berhati-hati, dan tiba-tiba musibah berlaku. Maka ingatlah bila Allah menginginkan sesuatu terjadi ia tidak mengira siapa, dan pasti ada pengajaran yang boleh diambil.

Supaya manusia sentiasa beringat, berhati-hati & bertakwa. Kita tidak perlu mencari salah sesiapa di dalam setiap yang berlaku, kerana yang berlaku pasti ada pengajaran.

“Dijadikan mati dan hidup kepada kamu untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya.”
(Surah al-Mulk: 3)

“Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”
(Surah al-Ankabut: 2)

"..Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (At-Taghaabun:11)

“Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Moga kita dapat mengambil setiap yang berlaku sebagai iktibar dalam kehidupan.

Kredit : Genta Rasa & Megat Panji Alam

Muslimin vs Mukminin

Timbul satu isu di topik motivasi pagi di IKIM.fm : Mengapa orang bukan Islam enggan menerima Islam di Malaysia ...

Saya memang sangat bersetuju bahawa cara hidup umat Islam di Malaysia itu sendiri yang gagal menarik perhatian rakan yang bukan seagama yang lain utk menjadikan kita sebagai model dalam kehidupan seharian.

Islam di Malaysia sinonim dengan Melayu, Melayu dilabelkan sebagai keturunan yang malas dan tidak berjaya. Mereka beranggapan bila memeluk Islam bermakna akan bertukar menjadi Melayu, malah timbul satu topik yang lebih kurang sama dan orang lain yang membahaskan tentangnya. Beliau menyebutkan bahawa Melayu menurut perlembagaan ialah mereka yang beragama Islam dan bertutur Bahasa Melayu.

Namun saya sangat tertarik dengan apa yang diperumpamakan oleh Ustaz Nasir di Ikim.fm melalui rancangan motivasi pagi.

Ini ialah kesimpulan yang dapat saya buat:

Umat Islam seumpama sebatang pokok, solat adalah batangnya, zakat, puasa & haji adalah dahannya dan amalan2 sunat adalah daunnya. Bayangkan pokok tanpa daun atau salah satu darinya .... pokok yg rimbun dan teduh menyamankan dan akan menarik minat org lain utk berteduh di bawahnya ....

Andai kita sebatang pokok yang kukuh dan mampu menyamankan orang lain, kita pasi mampu menarik mereka yang berdekatan dengan kita utk berteduh atau menumpang .. mungkin dari segi ilmu, pengetahuan dan bimbingan .... insya Allah